Thursday, December 4, 2008

Masa Cuti Di Isi Dengan Penuh Kepenatan

Cuti sekolah mahupun cuti hujung minggu haruslah digunakan dengan sepenuhnya supaya masa tidak dibazirkan dengan hanya membuta sepanjang hari. Maka ini merupakan entry dimana memberikan tips kepada pembaca bagaimana ingin melakukan kehidupan seharian dengan sempurna.

1. Pergi carik awek - pekara ni penting kerana bila ada awek yang reti bangun pagi maka korang sekali akan bangun pagi kenara dikacau. lepas bangun pagi tu pergi lah bersenam. pastu tolong mak didapur.

2. x pown benda paling best is pergi cari kerja. kerja kt mana2 pon boleh dapat yg penting kene lah rajin. mencuri pon kerja tapi tepulang kt korng la tafsirkan benda tu halal ke haram.

3. pegi ke perpustakaan yang terdekat dan baca semua buku kt situ(ak tau x dak sapa pon nk gie bab bosan) wlau bagaimanapon kt perpustakaan byk bende boleh belajar. so kerapkan lah pergi  sana.

4. jadi kutu atau cari kutu. pekara yang amat remeh ini adalah bermanfaat bila digunakan. jadilah kutu kt shopping komplaks yang berdekatan supaya dapatlah pak guard kt ctu cari anda. ini mewujudkan satu budaya sihat dimana kita akan belari sepanjang berada di shopping komplaks. pak guard tu pon x makan gaji buta.

5. last sekali klu semua kt atas tu x jalan juga. cuba2 lah dekatkan diri denga tuhan. itu merupakan jalan yang paling berkesan jika anda kebuntuan idea dan juga semangat.

selamat mencuba kepada rakan2. kepada rakan2 yang ingin memulakan sesi persekolahan 2008/2009 ini say mengucapkan selamat kembali ke sekolah. guru2 anda sedang menunggu dengan set rotan yang baru di beli di nilai 3. tuuraaaa..

Sunday, September 28, 2008

Orite Ape??



"Ketupat lemang sila nikmati kawan,
penat memasak malam ke pagi"... - Suasana Hari Raya


Begitulah dendangan lagu raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Walaupun rakan seperjuangan yang lain sudah penat merungut terhadap kelewatan 'mempost' blog baru, kini saya muncul kembali setelah lama mendiamkan diri. Saya sebenarnya tiada apa yang ingin diperkatakan. Isu-isu hangat yang ingin dibualkan bersama rakan-rakan pun sudah kekeringan. Maka timbulah sebuah era yang bergitu rumit di mana sebuah dinasor yng agak comel harus berlawan dengan sebuah bongkah ais yang begitu besar. Dinasor tersebut menggunakan banyak kaedah untuk menghancurkan bongkah ais tadi tetapi gagal. Maka dinasor terbabit mangambil keputusan untuk menembak bongkah ais terbabait dengan pancaran laser yang amat panas. maka bongkah ais terbabait pecah dan lebur menjadi serpihan salji yang turun dengan lebatnya sehinggakan dinasor terbabait mengalami demam malaria tapioka. Sejak itu dinasor terbabit mengharamkan penggunaan pencaran laser keatas makanan dan juga kearah mata dan tempat-tempat yang seharusnya ditembak. Sebenarnya cerita dinasor ni tak akan abis selagi apak dinasor x keluar tumbuk muka dinasor terbabait. Tetapi disebakan apak dinasor terbabait memanggil untuk bersahor, maka dengan penuh hormat saya persilakan pembaca untuk menokok tambah cerita dinasor ini.. sekian wasalammualikum warrahmatullah hiwabarakatu..


"Kuih dan muah jangan lupakan,
peninggalan nenek zaman berzaman... - Suasana Hari Raya"

Wednesday, July 23, 2008

Kusut-Kusut

Bape ramai yang penah singgah blog saya penah dengar lagu Jalil Hamid?? ingat lagu ayam??
lagu ini masih terngiang2 dalam hard disk yang tiak mempunyai had kapasitinya.. lau nie masa saya darjah 4 kalau tak silap.. dan lagu nie memang saya hafal...

Bang Jalil nie memang banyak bakatnya kalau nk diceritakan berjelalah blog nie.. tp kita tahu yang die nie pandai belakon, nyanyi dan banyak lagi aktiviti seni yang boleh dia lakukan..

kalau korg nie peminat setia Jalil Hamid.. korang mesti dah tau yang dia sudah mengeluarkan album yang terbaru iaitu Dulu... Ye ke!.. salah satu lagu alam album nie yang saya suka ialah Cinta Monyet.. lagu die kisah macam kehiupan seharian yang kita nampak disekitar.. tapi dalam lagu nie banyak memberikan pengajaran juga la..

maka saya sebagai salah seorng yang bergiat dalam inustri seni ini menyeru kepada peminat Jalil Hamid untuk membeli album yang ORI supaya industri kita bertambah maju..



kekusutan berlaku apabila saya an beberapa pihak tertentu yang khususnya berada dikalangan kawan2 saya juga, perlu menghasilkan sebuah bediokelip ntuk lagu dia nie.. lagu tu lak merupakan lagu Cinta Monyet.. tu yg dok lekat dalam kepala otel nie.. nk pulak kene handle camera.. pepatah pernah mengatakan.. 'Biasalah Bang, Bikin Filem' kepada yang berkenaan sahaja boleh memberikan komen kepada pepatah tersebut..

Friday, July 18, 2008

Pale Otak Aku La!!

Wah.. kebengangan aku mencapai tahap seterusnya.. mula rasa preasure sem nie.. nk jadi tulah ni lah.. nasib baik amik course nie.. cube dok kat tpt bdk yang belajar course kejuruteraan?? x ke da pecah kepala??

muzik banyak membantu bila keadaan kepala semakin kembung dan tunggu masa nk pecah.. banyak muzik yang tolong ak untuk lepaskan diri dari belenggu kecelaruan.. nk kate duit x de.. bekepuk da.. nk kate kawan x de.. semuanya supportive.. ntah la.. mungkin x de teman kot..

kawan dan teman itu lain.. bagi ak kawan itu banyak membantu kita menyelesaikan masalan, tidak terlupa menambahkan masalah juga.. kawan yang tolong kita bile x de duit.. anta gie kedai.. rosakan barang dan juga memberikan tugas yang berat2.. tapi tanpa kawan kita masih boleh hidup kn?? cume orng cakap la kita nie anti-sosial.. teman pula.. penting.. berikan kasih dan juga sayang.. huh sayang konon.. tp kita x boleh nk idup tanpa teman.. sebab.. gile ko.. sape nk bagi ko anak?? nk mampos x de zuriat??

family pula bagi ku amat penting kerana, tanpa mereka sape aku nie kn?? kan kita nie macam kain putih.. family tlgkasi guild line je.. pastu pepandai la kaler sendiri kn?? klu x de family.. kale putih tu pown kite x tau nk pangil ape kn??

warna amat memainkan peranan pada penampilan kita seharian.. cube bayangkan Allah ciptakan kitapandanan seperti filem2 tahun 50-an dulu nk?? kn x best.. haha.. seronok juga menulis secara karutan ini kn??

SEBENARNYA SAYA NK BAI TAU.. SAYA SUDAH KEMBALI AKTIF DALAM LAMAN WEB INI.. SETELAH LAMA MENDIAMKAN DIRI.. BUKAN MANCARI ILHAM, SEBUK MAHUPUN SANGGAP MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA.. TETAPI KEMALASAN JARI UNTUK MENAIP KT SEARCH BAR TU UNTUK MASUK DALAM WEB NIE.. SO MINTAK LA MAAF K??

Wednesday, June 4, 2008

MARI KEMBALI KE ZAMAN PRA SEJARAH


kenapa tajuk demikian??

kita lihat keadaan dunia sekarang.. mungkin skopnya terlalu besar..  ok saya kecil kan.. apakata MALAYSIA.. MALAYSIA merupakan negara dunia yang ke-3 tetapi mempunyai sumber alam yang banyak.. ok la.. saya rasa skop ini terlalu besar.. MINYAK merupakan salah satu sumber yang asli yang banyak di MALAYSIA.. harga barang runcit semuanya ikut harga minyak kerana, orng hantar makanan menggunakan kenderaan...



halnya di sini, harga minyak sebelum 5hb Jun 2008 adalah RM1.980/liter dan selepas tarikh tersebut harga minyak mencecah RM2.70/liter.. ini merupakan kenaikan minyak yang tertinggi di  MALAYSIA sejak 10 tahun yang lepas.. kadar kenaikan yang mendadak ini memaksa pengguna@rakyat MALAYSIA mengisi minyak sebanyak  yang mungkin sblm 5hb ini.. jika harga MINYAK  naik.. maka rakyat MALAYSIA haruslah menangung kos kehidupan yang amat tinggi.. harga makanan dan minuman di kedai akan melambung dan juga berus gigi yang anda pakai tiap2 pagi..

          

halnya belum sudah lagi.. siapa yang membuat keputusan ini?? KERAJAAN.. adakah KERAJAAN yang bersalah?? mungkin.. tapi.. MALAYSIA merupakan pengeksport minyak yang terbaik di dunia.. maka bila MALAYSIA mengeksport minyak dah tentu dapat duit.. kemudian MALAYSIA tidak menggunakan minyak petrolium yg di gali oleh PETRONAS tetapi MALAYSIA membeli minyak luar dan MENGIKUT HARGA PASARAN.. KENAPA?? DAN DIMANA DUIT ITU DISALURKAN?? adakah anda tidak terfikir?? 


RUMUSAN:
1.MALAYSIA - pengeluar minyak terbaik
2.KERAJAAN - beli  minyak luar dan 'KONONYA' lagi murah
3.RAKYAT- mengikut je.. minyak naik = makanan naik..
4.DUIT - mana perginya income yg MALAYSIA dapat menjual minyak kepada negara luar mahupun rakyat tempatan??





nota minyak: bersamalah kita menungang basikal..

Thursday, May 15, 2008

Haishhh

Ape la korang nie..

cuti ke hape??
x mengblogging lagi pown??

ke dh kene cekup ngan ISA??
ape da..

Thursday, May 1, 2008

Bulan Baru, Entry Baru..

maaf pada rakan2 yg menunggu entry baru..
sy menunggu ketibaan bulan baru untuk menulis entry ini..
lagi pown baru je 10 hari tidak menulis entry baru..

rumit..
adalah satu perkataan yang sukar ditafsirkan.. kerana sesuatu perkara yang rumit itu akan merumitkan lagi keadaan bila difikirkan.. (ape ak merepek nie) rumit yg dimaksudkan ini adalah pekara yang sy pikirkan satu hari ini.. pekara amat rumit yang mmg sukar diselesaikan.. beginilah.. pekara ini sy sesuaikan mengikut keadaan..

keadaan yang sesuai hanyalah sengan sy menuliskan satu cerita yang mungkin kelak akan dijadikan sebuah drama tv.. mungkin (ak berhasrat pekara ni boleh terjadi).. cerita bermula disini.. berlatar belakangkn sebuah kampung yang aman.. kelihatan budak2 riang bermain di pesisiran pantai.. keadaan yang tenang seperti ini sering di idamkan oleh orng kota untuk lari dari kesebukanya..

cuti diambil lama.. seperti ingin berhenti.. seorang lelaki muda menyusur laju dalam gelap di lebuh raya.. kilat sabung menyambung seperti memarahi bumi.. hujan lebat yang turun seperti tidak ada penghujungnya.. tiba ke destinasinya, dia turun segera berlari anak ke sebuah rumah tumpangan.. selama 30 minit tiada sahutan dari penghuniya tiba-tiba muncul seorang gadis bertudung..

taktala subuh menyingsing, pemuda itu berjalan seorangngan di tepi pantai.. kelihatan burung-burung camar terbang mencari mangsa untuk sarapan pagi.. kemudian dia duduk sila.. memegang sebatang kayu dan menulis sesautu.. dia beredar..

ketika matahari terik memancarkan cahaya ke bumi, gadi semalam muncul di tempat dimana pemuda itu berdiri pada pagi tadi.. melihat tulisan yang tertera di pasir..

'bagai bumi tiada lautan,
bagai irama tiada lagu,
apakah maksud kehidupan?
apakah itu nada?'
-kau di kaunter-

gadis tu mengambil sebatang kayu menuliskan sesuatu dan beredar.. pekara itu juga membuatkan sigadis tersenyum.

saat matahari ingin berlabuh.. pemuda itu kembali ke pasir untuk melihat kebesaran tuhan.. berpaling seketika melihat matahari terbenam;

'sahabat!'

matanya tertumpu pada tulisan yang ada pada sebelah tulisannya.. tersenyum, dia berlari ke kaunter..

berjumpa mereka dan berkenalan. pemuda itu menayakan maksut 'sahabat' tadi.. gadis tu menjawab.. kita perlukan sahabat untuk teruskan hidup dalam keadaan itu.. bergelak ketawa sehingga larut malam.. kedua2 kembali sambil senyuman terukir diwajah masing2..

sebulan berlalu, persahabatan mereka telah kukuh.. pemuda itu ingin membawa persahabatan mereka lebih dari itu.. berjumpa beberapa kali, terkelu lidah ingin berkata2.. pergilah mereka ke pantai dimana tulisan itu bermula.. di saat matahari ingin berlabuh itu juga dia membeanikan diri untuk melafasknya.. gadis itu tergamam terus berganjak meninggalkan dia..

gadis tersebut mengasingkan diri.. lelaki itu terus mencari.. hakikatnya hati si gadis telah dipetik oleh lelaki idamanya.. lelaki tersebut terus mencari sehingga keringatnya menucur deras.. menghilang lama seperti tidak akan kembali.. si gadia menganggap persahabatan yang jujur sudah cukup.. si dia menganggap lebih dari itu..

kembali di kota, rasa tenang di kecapi.. bertanaga ingin berkeja.. tetapi ada yang tidak lengkap.....





bagaimana cerita berakhir, ada di tangan anda..
diharap comment yang bagus..

Sunday, April 20, 2008

Tag!! You In!!

Disebabkan saya merupakan antara orang yang terakhir di-Tag-kan..

Maka disini saya ingin meng-Tag-kan para bloggers yang tidak serik meng-blog-ing..

adalah disini diistiharkan soalanya..

senaraikan 5 pekara anda lakukan bila anda gagal dalam sesautu peperiksaan??

rakan2 yang akan ditagkan itu ialah...

dan kepada semua Geng Rakan Taufan yang lain

Tujuan saya meng-Tag anda semua ini adalah kerana peperiksaan sudah hampir, dan ini merupakan persediaan awal yang boleh dilakukan jika pekara ini terjadi.. maka selamat menjawab dengan jujur..

Friday, April 18, 2008

Emosi Di KLCC

Biarkan emosi mereka



seperti sedang menyanikan sprano.. sedangkan sedang menguap..
wakakka..

adik nie dok sblh ak.. ntah pelancong dr meddle east kot..

adik nie tgh tggu nk amik gamba.. kompom dok malaysia..

akak nie saye tgk cam kesian ade.. lawak pown ade.. 

makcik nie ngah pose amik gamba..

Thursday, April 17, 2008

Aisehhh...

klu da 2 kali kene tag nie x kn la x nk balas kn???

kalau x balas karang kecik lak lati kawan2 yang mengetagkan bende nie..
bile kecik karang link ni plak abis.. 

jadi kerana x semata-mata...
saya kene la jwb soalan nie....
walaupun mende nie da lari skit dari kod etika page nie..

wakaka yang tau tu tau la kn...
ape la nk heart broken2 nie??
geli ak dengar...

5 pekara yang aku akan buat kalau aku HEARTBROKEN ialah:

1.kalau jiwa kacau nie banyak benda kita akan buat.. dulu mase aku kecik2 dulu ade la perasaan nk bercinta juga.. nk bercinta pastu nak semua dalam keadaan best je.. ade yg x best je x ske.. mase tu ak break je terus la gie CC (ciber cafe) pastu time tu lak favorite main game CS (counter strike).. time tu aku bedal la semua orang yang ade kt ctu.. aku tapau la.. time tu mmg campayonn.. tu ak teringat zaman mude2 dulu la...

2.ak lepak la ngan rakan2 seperjuangan ak.. ikut situasi.. lepak sampai lebam.. klu orng tanye ape jadi kt awek ak, ak buat bodo je.. anggap ak baru buat pembedahan telinga.. pastu ak gie minum la.. dari satu kedai mamak sampai la x kedai lain yang ade kt subang jaye nie.. klu bosan tahap kambing kene cirit-birit ak gi minum sorg2 la.. tp bkn kt area subang, jauh sikit.. Melawati ke, TTDI ke.

3. Kdg2 KCJ betul gak.. Gie mancing.. ari tu sblm ak masuk ke alam persekolahan tinggi nie aku penah la bercinta.. zaman sekolah pakai seluar hijau dulu tu.. pas abis SPM ak break ngan die.. dan-dan time tu abg ak ajak mancing.. kt kelong Acheh.. tp bkn la kt Acheh Indon nun sane.. kt Endau&Rompin tu.. ak dok la ngail 3 hari 2 mlm kt situ.. sekali ape nasib org Heartbroken nie dapat la parang 3 eko pade pagi yang terang kini makin terang tu.. seronok gile time tu.. semua bende ak lupe...

4. pekare yang paling drastik ak buat ialah delete die dari myspace/facebook/friendster dan pekara2 yang sewaktu denganya la.. tp nk pikirkan balik buat pe delete.. biar je la.. senang2 singgah page die pastu comment la (x rase cam pelik ke??) ntah la.. yang penting semua -ex2 ak da x tego ak.. ak comment pown diorng yg buat bodo.. jd lebaik delete je.. YE KE TIDAK??

5. yang penghabisan nie lak ak dok tiarap, telentang, main guling-guling atas katil sampai ak penat sambil tekan2 papan kekunci pada telefon mudah alih ak, dok carik2 no tepon awek yang belom ak tego lg.. ye la.. kene la carik yang baru.. buang yang keruh, amik la yang jernih.. (ak x la kejam cm tu, lepas satu, satu) ak carik no pompuan yang dekat ngan ak, pastu ak call diorng(xkira diorang nie dh berpunye atau tidak) pastu ak cite la ape yang patut.. ape yng tak patut dan segale macam lagi la sampai la die borng nk layang ak.. pastu call yan glain lak...



Dalam hidup nie kan mesti ade cite2.. 
klu x ade punah la mase depan.. 
klu diri tu rase nk bercinte..
jangan kisah kt org kiri atau kanan..

aik?? cm pantun lak..
x la.. skrg nie ak dh x lg bercinte.. 
dah serik wooo...
asik kene tinggal je..

salah kn kuuu, jgn salahkn kuuu...
ak x ingin keeeliruuu... (nurul&ajai - keliru)

ak rase nak ayah kita anta kite kt bangunan besa ade uruf U besa2 tu ntuk belaja.. x salah la kita nak amik kesempatan ntuk bercinta.. back up ntuk mase depan.. x pas ley kawin ye x?? tp lebey baik la kite capai sijil yang paling tinggi pastu kerja kaya2..
pastu, dh rase ckp senang, carik la bini.. jgn la carik orng ntuk bercinta.. sbb cinta nie lambat, kawin terus.. time tu ko ingat umo ko mude lagi ke?? dah mule la nk merapu nie... 

k la ak tag la kwn2 yng lain aite..
muhsinsenpai (Muhsin)
laman hati (Farid Wari)

kong, sile la jwb ek...

Wednesday, April 9, 2008

Handphone.. Handphone..

Cara sebutan tajuk: Mengeluh..

Sebuah syarikat telikomunikasi telah mengeluarkan sebuah lagi promosi kepada pelanganya yang tercinta iaitu RM 1 = 1500 sms. Ini adalah sebuah berita yang megembirakan kepada pengguna telefon bimbit dimana mereka hanya membelanjakan RM 1 dan boleh bermesra dengan teman dan rakan taulan di rangkaian yang sama. Promosi ini amat menjimatkan kerana harga biasa untuk ber'sms' dengan member-member adalah 5 sen 1 sms. Apabila didarabkan 1500 ia bersamaan RM 75, maka RM 1 untuk 1500 sms adalah berpatutan. Masa yang diberikan pula adalah selama seminggu, dan dalam masa seminggu inilah pengguna perlu menghabiskan 1500 sms yang ada. Jika tidak mereka akan ditolak RM 3 pada baki kredit mereka. Maka dalam masa seminggu inilah mereka ada masa bersms dengan rakan-rakan dan yang tersayang sampai lebam.
                                                              
Tapi pekara ini ada masalahnya. Nak tau x ape masalahnye? Masa pelangan baru apply promosi ini, mereka rasa sms mereka sudah banyak, jadi mereka boleh bersms dengan sesiapa sahaja sehingga akhir minggu ini. Tapi tanpa menyadari, mereka baru sahaja menggunakan 500 sms sehingga hari terakhir. Baki sms yang perlu mereka habiskan ialah 1000 bilanganya, dan pada hari itulah adalah HARI BER'SMS' SECARA BESAR-BESARAN.  Jika mereka tidak menghabiskan 1000 sms tersebut, mereka akan terima padah yang bersesuaian dengan tindakan mereka.  Maka hari yang ditunggu-tunggukan telah tiba iaitu hari yang terakhir sebelum baki mereka ditolak. Maka para penguna akan menghantar sms yang merapu, meraban dan segale macam jenis me- lagi lah yang sewaktu denganya. Sms ini pula akan sampai kepada rakan-rakan yang yang dekat atau pun yang tidak pernah bersms. Mangsa-mangsa yang telah terima akibat ini adalah seperti Saya dan rakan-rakan lain yang tidak mengambih promosi tersebut. Para pengguna akan mengforwardkan sms yang sama kepada rakan-rakan yang ada dalam phone book mereka.





Saya: Hari ni dalam sejarah.... Saya telah menerima 50+ sms dalam masa setengah jam. ini adalah pekara yang singguh pelik dan amat menyakitkan hati kerana saya perlu menghabiskan bateri handphone saya akibat kemasukan sms yang terlalu banyak. pekara ini juga amat menyakitkan hati bile x bole nak tepon org. Kornag nie C***i la. menyusahkan orng je. klu x ley nak abiskan x yah la apply. bongok la.. Dala org same je yg bagi.. haihhhh...

Saturday, April 5, 2008

Pemandu Tegar

Pemandu-pemandu tegar di seluruh Malaysia amat menyakitkan hati. Mereka merupakan manusia yang membawa perlahan tidak kira di mana sahaja. Pemandu-pemandu ini seperti tidak mempunyai perasaan kerana mereka berada di mana-mana lane yang ada. Mereka ini amat menyusahkan kepada pemandu yang ingin cepat ke sesuatu tempat, berlumba dan    
                                                 
berada dalam kecemasan. Mereka ini amat menyakitkan hati apabila tidak mahu mengalihkan kenderaan mereka ke lorong sebelah. Dalam pikiran mereka, kereta mereka dah cukup laju nak duduk lorong paling kakan. Buat apa sahaja anda mahukan, high beam? cucuk rapat nak mampos? bawak ke kiri dan kanan? horn? mereka langsung tidak mengendahkan gaya lebat anda. Jawapan penyelesaianya ialah memotong mereka mengikut lorong kiri. Jika lorong kiri terdapat beberapa lagi pemangu tegar ini, terpaksalah anda Redha dengan situasi tersebut. Dengan itu, Saya sarankan janganlah berbuat demikian. ianya amat menyusahkan orang lain yang menggunakan jalan raya.




Saya: memang benci ngan diorg nie. bwk tanak pelahan giller. ko ingat jalan bapak korang punye ke?? aku tau la korang byr road tax.. abis aku nie bwk free ke hape?? agak2 la nk potong lori kalau ko ngan lori tu ko laju lebih 2 km/j je.. dahtu naik bukit pulak tu.. kerajaan dh buat 3 lane ntuk highway. tak salah klu korang menfaatkan lane yang paling kiri sekali sepenuhnya. biar la kami yang laju-laju nie gune lane yang paling kanan. korg la penyebab jam di Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya.

Tuesday, April 1, 2008

Photo Exhibiton 3/4 - 4/4




Exhibition from our faculty.
Come and join us there.
!YOU WILL NOT REGRET IT!

Saturday, March 29, 2008

The Best From Saya

I think it's beautiful





p/s: talk to me bout this pictures. i'm a amateur n need to learn more...

Friday, March 28, 2008

Bikin Cerita

Bayangkan jika hidup anda tanpa orang seperti ini...
Adakah anda merasa hidupan laut di atas meja hidangan?
Atau hanya cukup sekadar hidupan di darat sahaja?



Mereka telah memberikan jamuan yang enak-enak,
kenapa kita tidak membalas budi mereka?
Siapa yang ingin membela nasib mereka?

Saya muhammad iqbal: Dari saya zaman tadika dulu sampai la ke kolej la nie, diorg(nelayan) asik pakai bot tu je. Jala kene baiki sendiri. Sian kat diorang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bile diorang nak dapat duit nak bayar yuran anak-anak sekolah? hurmmmm....

p/s:setiap kejadian tuhan pasti ada balasannya.