Saturday, March 7, 2009

mase tu..

da dua hari ak jd artis.. (konon artis) ak jd seorang manusia name darius, 23, kurus, x duit.. Tu yg ak pelik cm mane bole dapat watak tu.. Ak amik je watak tu.. Pas2 ak belakon x mcm haram pulak? Tp yg best nye ak x penat buat semua tu.. Just duduk n hafal skrip je.. Ak rase cm nk belakon je pas ni.. Btw ni merupakan entry no2 pas blog ni tukar nama.. Tq kepada pembaca..

Tuesday, March 3, 2009

Masihkah Kau Ingat

Masih kah kau ingat semasa saya menulis entri tentang sebuah cerita percintaan tu? sebenarnya cerita tersebut tak best pon. maka buang masa je korang membacanya. di sini juga saya ingin meminta maaf kepada pembaca kerana gagal untuk menulis lebih dari 3 bulan. sebenarnya Saya telah menyedari bahawa Saya telah dijangkiti sejenis penyakit yang amat kronik. penyakitnya boleh merebak dengan pantas keseluruh saraf dan juga boleh disebarkan melalui sentuhan. penyakit yang diberi nama sykofnisis allaby atau lebih dikenali sebagai Malas telahpun menular keseluruh tubuh badan Saya.

dengan ini Saya telah membuat keputusan setelah bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah sistem organ badan dan juga saraf tunjang, kami sebulat suara mengatakan bahawa Saya akan berhenti membuat kerja-kerja yang berat mahupun ringan kerana ingin menumpukan kemahiran menaip kearah pekara yang lebih berguna iaitu menaip assignment, surat cinta, surat rasmi, menulis pekara-pekara yang lebih mengarut dari entry ini dan menulis sms untuk dihandar kepada rakan yang jauh mahupun dekat. maka dengan cap mohor diraja Saya tidak lagi wujud dalam dunia. tetapi ingin menukar namanya kepada yang baru iaitu LANGBE tidak lama lagi.

Langbe akan beroperasi tidak lama lagi mengikut jangka masa yang diberikan kepada penggunaan laptop yang telah diberikan kepada syarikat Magical Post untuk menjalankan beberapa aktiviti riadah yang mendatangkan keuntungan yang belipat kali ganda supaya laptop baru dapat dibeli. Langbe juga akan menukar genre tulisan dari bermacam-macam kepada 2 tumpuan sahaja iaitu teknik karutan yang melampau dan juga pencapaian hidup selama berjuang dalam dunia yang keji ini. Langbe juga berharap supaya blogger lain dapat memberi kerjasama yang memberangsangkan supaya blog Langbe dapat bertahan.

Masa depan Langbe pada masa ini amat malap sekali tetapi terdapat suatu cahaya yang menyinap masuk kedalam ruang kecil di hujung penjuru yang kecil untuk memberi semangat baru. doa dan harapan blogger lain amat dihargai dan apabila Langbe beroperasi kelak, blog ini tidak akan sunyi dengan info dan juga jenaka yang boleh mengundang maut. maka dengan ini janganlah mencari Saya lagi, carilah Langbe.

Thursday, December 4, 2008

Masa Cuti Di Isi Dengan Penuh Kepenatan

Cuti sekolah mahupun cuti hujung minggu haruslah digunakan dengan sepenuhnya supaya masa tidak dibazirkan dengan hanya membuta sepanjang hari. Maka ini merupakan entry dimana memberikan tips kepada pembaca bagaimana ingin melakukan kehidupan seharian dengan sempurna.

1. Pergi carik awek - pekara ni penting kerana bila ada awek yang reti bangun pagi maka korang sekali akan bangun pagi kenara dikacau. lepas bangun pagi tu pergi lah bersenam. pastu tolong mak didapur.

2. x pown benda paling best is pergi cari kerja. kerja kt mana2 pon boleh dapat yg penting kene lah rajin. mencuri pon kerja tapi tepulang kt korng la tafsirkan benda tu halal ke haram.

3. pegi ke perpustakaan yang terdekat dan baca semua buku kt situ(ak tau x dak sapa pon nk gie bab bosan) wlau bagaimanapon kt perpustakaan byk bende boleh belajar. so kerapkan lah pergi  sana.

4. jadi kutu atau cari kutu. pekara yang amat remeh ini adalah bermanfaat bila digunakan. jadilah kutu kt shopping komplaks yang berdekatan supaya dapatlah pak guard kt ctu cari anda. ini mewujudkan satu budaya sihat dimana kita akan belari sepanjang berada di shopping komplaks. pak guard tu pon x makan gaji buta.

5. last sekali klu semua kt atas tu x jalan juga. cuba2 lah dekatkan diri denga tuhan. itu merupakan jalan yang paling berkesan jika anda kebuntuan idea dan juga semangat.

selamat mencuba kepada rakan2. kepada rakan2 yang ingin memulakan sesi persekolahan 2008/2009 ini say mengucapkan selamat kembali ke sekolah. guru2 anda sedang menunggu dengan set rotan yang baru di beli di nilai 3. tuuraaaa..

Sunday, September 28, 2008

Orite Ape??



"Ketupat lemang sila nikmati kawan,
penat memasak malam ke pagi"... - Suasana Hari Raya


Begitulah dendangan lagu raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Walaupun rakan seperjuangan yang lain sudah penat merungut terhadap kelewatan 'mempost' blog baru, kini saya muncul kembali setelah lama mendiamkan diri. Saya sebenarnya tiada apa yang ingin diperkatakan. Isu-isu hangat yang ingin dibualkan bersama rakan-rakan pun sudah kekeringan. Maka timbulah sebuah era yang bergitu rumit di mana sebuah dinasor yng agak comel harus berlawan dengan sebuah bongkah ais yang begitu besar. Dinasor tersebut menggunakan banyak kaedah untuk menghancurkan bongkah ais tadi tetapi gagal. Maka dinasor terbabit mangambil keputusan untuk menembak bongkah ais terbabait dengan pancaran laser yang amat panas. maka bongkah ais terbabait pecah dan lebur menjadi serpihan salji yang turun dengan lebatnya sehinggakan dinasor terbabait mengalami demam malaria tapioka. Sejak itu dinasor terbabit mengharamkan penggunaan pencaran laser keatas makanan dan juga kearah mata dan tempat-tempat yang seharusnya ditembak. Sebenarnya cerita dinasor ni tak akan abis selagi apak dinasor x keluar tumbuk muka dinasor terbabait. Tetapi disebakan apak dinasor terbabait memanggil untuk bersahor, maka dengan penuh hormat saya persilakan pembaca untuk menokok tambah cerita dinasor ini.. sekian wasalammualikum warrahmatullah hiwabarakatu..


"Kuih dan muah jangan lupakan,
peninggalan nenek zaman berzaman... - Suasana Hari Raya"

Wednesday, July 23, 2008

Kusut-Kusut

Bape ramai yang penah singgah blog saya penah dengar lagu Jalil Hamid?? ingat lagu ayam??
lagu ini masih terngiang2 dalam hard disk yang tiak mempunyai had kapasitinya.. lau nie masa saya darjah 4 kalau tak silap.. dan lagu nie memang saya hafal...

Bang Jalil nie memang banyak bakatnya kalau nk diceritakan berjelalah blog nie.. tp kita tahu yang die nie pandai belakon, nyanyi dan banyak lagi aktiviti seni yang boleh dia lakukan..

kalau korg nie peminat setia Jalil Hamid.. korang mesti dah tau yang dia sudah mengeluarkan album yang terbaru iaitu Dulu... Ye ke!.. salah satu lagu alam album nie yang saya suka ialah Cinta Monyet.. lagu die kisah macam kehiupan seharian yang kita nampak disekitar.. tapi dalam lagu nie banyak memberikan pengajaran juga la..

maka saya sebagai salah seorng yang bergiat dalam inustri seni ini menyeru kepada peminat Jalil Hamid untuk membeli album yang ORI supaya industri kita bertambah maju..



kekusutan berlaku apabila saya an beberapa pihak tertentu yang khususnya berada dikalangan kawan2 saya juga, perlu menghasilkan sebuah bediokelip ntuk lagu dia nie.. lagu tu lak merupakan lagu Cinta Monyet.. tu yg dok lekat dalam kepala otel nie.. nk pulak kene handle camera.. pepatah pernah mengatakan.. 'Biasalah Bang, Bikin Filem' kepada yang berkenaan sahaja boleh memberikan komen kepada pepatah tersebut..

Friday, July 18, 2008

Pale Otak Aku La!!

Wah.. kebengangan aku mencapai tahap seterusnya.. mula rasa preasure sem nie.. nk jadi tulah ni lah.. nasib baik amik course nie.. cube dok kat tpt bdk yang belajar course kejuruteraan?? x ke da pecah kepala??

muzik banyak membantu bila keadaan kepala semakin kembung dan tunggu masa nk pecah.. banyak muzik yang tolong ak untuk lepaskan diri dari belenggu kecelaruan.. nk kate duit x de.. bekepuk da.. nk kate kawan x de.. semuanya supportive.. ntah la.. mungkin x de teman kot..

kawan dan teman itu lain.. bagi ak kawan itu banyak membantu kita menyelesaikan masalan, tidak terlupa menambahkan masalah juga.. kawan yang tolong kita bile x de duit.. anta gie kedai.. rosakan barang dan juga memberikan tugas yang berat2.. tapi tanpa kawan kita masih boleh hidup kn?? cume orng cakap la kita nie anti-sosial.. teman pula.. penting.. berikan kasih dan juga sayang.. huh sayang konon.. tp kita x boleh nk idup tanpa teman.. sebab.. gile ko.. sape nk bagi ko anak?? nk mampos x de zuriat??

family pula bagi ku amat penting kerana, tanpa mereka sape aku nie kn?? kan kita nie macam kain putih.. family tlgkasi guild line je.. pastu pepandai la kaler sendiri kn?? klu x de family.. kale putih tu pown kite x tau nk pangil ape kn??

warna amat memainkan peranan pada penampilan kita seharian.. cube bayangkan Allah ciptakan kitapandanan seperti filem2 tahun 50-an dulu nk?? kn x best.. haha.. seronok juga menulis secara karutan ini kn??

SEBENARNYA SAYA NK BAI TAU.. SAYA SUDAH KEMBALI AKTIF DALAM LAMAN WEB INI.. SETELAH LAMA MENDIAMKAN DIRI.. BUKAN MANCARI ILHAM, SEBUK MAHUPUN SANGGAP MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA.. TETAPI KEMALASAN JARI UNTUK MENAIP KT SEARCH BAR TU UNTUK MASUK DALAM WEB NIE.. SO MINTAK LA MAAF K??

Wednesday, June 4, 2008

MARI KEMBALI KE ZAMAN PRA SEJARAH


kenapa tajuk demikian??

kita lihat keadaan dunia sekarang.. mungkin skopnya terlalu besar..  ok saya kecil kan.. apakata MALAYSIA.. MALAYSIA merupakan negara dunia yang ke-3 tetapi mempunyai sumber alam yang banyak.. ok la.. saya rasa skop ini terlalu besar.. MINYAK merupakan salah satu sumber yang asli yang banyak di MALAYSIA.. harga barang runcit semuanya ikut harga minyak kerana, orng hantar makanan menggunakan kenderaan...



halnya di sini, harga minyak sebelum 5hb Jun 2008 adalah RM1.980/liter dan selepas tarikh tersebut harga minyak mencecah RM2.70/liter.. ini merupakan kenaikan minyak yang tertinggi di  MALAYSIA sejak 10 tahun yang lepas.. kadar kenaikan yang mendadak ini memaksa pengguna@rakyat MALAYSIA mengisi minyak sebanyak  yang mungkin sblm 5hb ini.. jika harga MINYAK  naik.. maka rakyat MALAYSIA haruslah menangung kos kehidupan yang amat tinggi.. harga makanan dan minuman di kedai akan melambung dan juga berus gigi yang anda pakai tiap2 pagi..

          

halnya belum sudah lagi.. siapa yang membuat keputusan ini?? KERAJAAN.. adakah KERAJAAN yang bersalah?? mungkin.. tapi.. MALAYSIA merupakan pengeksport minyak yang terbaik di dunia.. maka bila MALAYSIA mengeksport minyak dah tentu dapat duit.. kemudian MALAYSIA tidak menggunakan minyak petrolium yg di gali oleh PETRONAS tetapi MALAYSIA membeli minyak luar dan MENGIKUT HARGA PASARAN.. KENAPA?? DAN DIMANA DUIT ITU DISALURKAN?? adakah anda tidak terfikir?? 


RUMUSAN:
1.MALAYSIA - pengeluar minyak terbaik
2.KERAJAAN - beli  minyak luar dan 'KONONYA' lagi murah
3.RAKYAT- mengikut je.. minyak naik = makanan naik..
4.DUIT - mana perginya income yg MALAYSIA dapat menjual minyak kepada negara luar mahupun rakyat tempatan??





nota minyak: bersamalah kita menungang basikal..