Thursday, May 15, 2008

Haishhh

Ape la korang nie..

cuti ke hape??
x mengblogging lagi pown??

ke dh kene cekup ngan ISA??
ape da..

Thursday, May 1, 2008

Bulan Baru, Entry Baru..

maaf pada rakan2 yg menunggu entry baru..
sy menunggu ketibaan bulan baru untuk menulis entry ini..
lagi pown baru je 10 hari tidak menulis entry baru..

rumit..
adalah satu perkataan yang sukar ditafsirkan.. kerana sesuatu perkara yang rumit itu akan merumitkan lagi keadaan bila difikirkan.. (ape ak merepek nie) rumit yg dimaksudkan ini adalah pekara yang sy pikirkan satu hari ini.. pekara amat rumit yang mmg sukar diselesaikan.. beginilah.. pekara ini sy sesuaikan mengikut keadaan..

keadaan yang sesuai hanyalah sengan sy menuliskan satu cerita yang mungkin kelak akan dijadikan sebuah drama tv.. mungkin (ak berhasrat pekara ni boleh terjadi).. cerita bermula disini.. berlatar belakangkn sebuah kampung yang aman.. kelihatan budak2 riang bermain di pesisiran pantai.. keadaan yang tenang seperti ini sering di idamkan oleh orng kota untuk lari dari kesebukanya..

cuti diambil lama.. seperti ingin berhenti.. seorang lelaki muda menyusur laju dalam gelap di lebuh raya.. kilat sabung menyambung seperti memarahi bumi.. hujan lebat yang turun seperti tidak ada penghujungnya.. tiba ke destinasinya, dia turun segera berlari anak ke sebuah rumah tumpangan.. selama 30 minit tiada sahutan dari penghuniya tiba-tiba muncul seorang gadis bertudung..

taktala subuh menyingsing, pemuda itu berjalan seorangngan di tepi pantai.. kelihatan burung-burung camar terbang mencari mangsa untuk sarapan pagi.. kemudian dia duduk sila.. memegang sebatang kayu dan menulis sesautu.. dia beredar..

ketika matahari terik memancarkan cahaya ke bumi, gadi semalam muncul di tempat dimana pemuda itu berdiri pada pagi tadi.. melihat tulisan yang tertera di pasir..

'bagai bumi tiada lautan,
bagai irama tiada lagu,
apakah maksud kehidupan?
apakah itu nada?'
-kau di kaunter-

gadis tu mengambil sebatang kayu menuliskan sesuatu dan beredar.. pekara itu juga membuatkan sigadis tersenyum.

saat matahari ingin berlabuh.. pemuda itu kembali ke pasir untuk melihat kebesaran tuhan.. berpaling seketika melihat matahari terbenam;

'sahabat!'

matanya tertumpu pada tulisan yang ada pada sebelah tulisannya.. tersenyum, dia berlari ke kaunter..

berjumpa mereka dan berkenalan. pemuda itu menayakan maksut 'sahabat' tadi.. gadis tu menjawab.. kita perlukan sahabat untuk teruskan hidup dalam keadaan itu.. bergelak ketawa sehingga larut malam.. kedua2 kembali sambil senyuman terukir diwajah masing2..

sebulan berlalu, persahabatan mereka telah kukuh.. pemuda itu ingin membawa persahabatan mereka lebih dari itu.. berjumpa beberapa kali, terkelu lidah ingin berkata2.. pergilah mereka ke pantai dimana tulisan itu bermula.. di saat matahari ingin berlabuh itu juga dia membeanikan diri untuk melafasknya.. gadis itu tergamam terus berganjak meninggalkan dia..

gadis tersebut mengasingkan diri.. lelaki itu terus mencari.. hakikatnya hati si gadis telah dipetik oleh lelaki idamanya.. lelaki tersebut terus mencari sehingga keringatnya menucur deras.. menghilang lama seperti tidak akan kembali.. si gadia menganggap persahabatan yang jujur sudah cukup.. si dia menganggap lebih dari itu..

kembali di kota, rasa tenang di kecapi.. bertanaga ingin berkeja.. tetapi ada yang tidak lengkap.....





bagaimana cerita berakhir, ada di tangan anda..
diharap comment yang bagus..