Thursday, May 1, 2008

Bulan Baru, Entry Baru..

maaf pada rakan2 yg menunggu entry baru..
sy menunggu ketibaan bulan baru untuk menulis entry ini..
lagi pown baru je 10 hari tidak menulis entry baru..

rumit..
adalah satu perkataan yang sukar ditafsirkan.. kerana sesuatu perkara yang rumit itu akan merumitkan lagi keadaan bila difikirkan.. (ape ak merepek nie) rumit yg dimaksudkan ini adalah pekara yang sy pikirkan satu hari ini.. pekara amat rumit yang mmg sukar diselesaikan.. beginilah.. pekara ini sy sesuaikan mengikut keadaan..

keadaan yang sesuai hanyalah sengan sy menuliskan satu cerita yang mungkin kelak akan dijadikan sebuah drama tv.. mungkin (ak berhasrat pekara ni boleh terjadi).. cerita bermula disini.. berlatar belakangkn sebuah kampung yang aman.. kelihatan budak2 riang bermain di pesisiran pantai.. keadaan yang tenang seperti ini sering di idamkan oleh orng kota untuk lari dari kesebukanya..

cuti diambil lama.. seperti ingin berhenti.. seorang lelaki muda menyusur laju dalam gelap di lebuh raya.. kilat sabung menyambung seperti memarahi bumi.. hujan lebat yang turun seperti tidak ada penghujungnya.. tiba ke destinasinya, dia turun segera berlari anak ke sebuah rumah tumpangan.. selama 30 minit tiada sahutan dari penghuniya tiba-tiba muncul seorang gadis bertudung..

taktala subuh menyingsing, pemuda itu berjalan seorangngan di tepi pantai.. kelihatan burung-burung camar terbang mencari mangsa untuk sarapan pagi.. kemudian dia duduk sila.. memegang sebatang kayu dan menulis sesautu.. dia beredar..

ketika matahari terik memancarkan cahaya ke bumi, gadi semalam muncul di tempat dimana pemuda itu berdiri pada pagi tadi.. melihat tulisan yang tertera di pasir..

'bagai bumi tiada lautan,
bagai irama tiada lagu,
apakah maksud kehidupan?
apakah itu nada?'
-kau di kaunter-

gadis tu mengambil sebatang kayu menuliskan sesuatu dan beredar.. pekara itu juga membuatkan sigadis tersenyum.

saat matahari ingin berlabuh.. pemuda itu kembali ke pasir untuk melihat kebesaran tuhan.. berpaling seketika melihat matahari terbenam;

'sahabat!'

matanya tertumpu pada tulisan yang ada pada sebelah tulisannya.. tersenyum, dia berlari ke kaunter..

berjumpa mereka dan berkenalan. pemuda itu menayakan maksut 'sahabat' tadi.. gadis tu menjawab.. kita perlukan sahabat untuk teruskan hidup dalam keadaan itu.. bergelak ketawa sehingga larut malam.. kedua2 kembali sambil senyuman terukir diwajah masing2..

sebulan berlalu, persahabatan mereka telah kukuh.. pemuda itu ingin membawa persahabatan mereka lebih dari itu.. berjumpa beberapa kali, terkelu lidah ingin berkata2.. pergilah mereka ke pantai dimana tulisan itu bermula.. di saat matahari ingin berlabuh itu juga dia membeanikan diri untuk melafasknya.. gadis itu tergamam terus berganjak meninggalkan dia..

gadis tersebut mengasingkan diri.. lelaki itu terus mencari.. hakikatnya hati si gadis telah dipetik oleh lelaki idamanya.. lelaki tersebut terus mencari sehingga keringatnya menucur deras.. menghilang lama seperti tidak akan kembali.. si gadia menganggap persahabatan yang jujur sudah cukup.. si dia menganggap lebih dari itu..

kembali di kota, rasa tenang di kecapi.. bertanaga ingin berkeja.. tetapi ada yang tidak lengkap.....





bagaimana cerita berakhir, ada di tangan anda..
diharap comment yang bagus..

28 comments:

amer zaman said...

setibanya di kota.

masing2 dengan kehidupan sendiri.

si lelaki yang bekerja sebagai editor sebuah majalah terkejut melihat sebuah manuskrip yang dihantar tertera nama si gadis.

nostalgia di pantai kembali

si gadis pula sebenarnya ke pantai untuk melarikan diri dari dikahwinkan atas nama perniagaan. dankembalinya dia ke kota bererti dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya.

bersambung....

amscreamo said...

bulan depan,entry baru bulan depan


p/s:lu pun da nk start tulis serius...

Anonymous said...

bg coffee,

sahabat lebih penting dari segala-galanya

tak sabar menunggu sambungan entri ni

Saya muhammad iqbal said...

amer: ok gak la penyudah cerita nie..

am: ?? bkn saya yg mulakan.. tanye tuan presiden..

coffee: sambuang la sendiri.. khas buat pembaca menulis sendiri..

emyl said...

alaaaaaaaaa
cmner nk smbg
x terror laaaaaaaaaaaa

:P

owho
saye dh post entry bertajuk penerangan.menerangkan sbb sy kalut memikirkan kebaya/kurung

Anonymous said...

emyl- baju kurung?
yay!

nnt cofeeholic singgah

Unknown said...

ko buat mcm ni, rupa2nye pempuan 2 alien, die datang bumi nak menakluki bumi.pas2 lelaki 2 dapat kuasa gaban, terus bertukar dan melawan raksasa tersebut.. akibat sayang akhirnya gaban dgn raksasa tu berkhawin, dan hidup bahagia hingga ke anak cucu... hahahaha... ;p

Saya muhammad iqbal said...

emyl: sambung je la.. asal jadi cerita..

coffee: aik?? da lari tajuk tu.. sambung la cite nie..

azizul: gaban tol la ko nie..

emyl said...

saya sudah cuba
tapi x berjaya
mungkin otak masih beku di pg buta
:P


yah coffeholic..singgah..jgn x singgah

Anonymous said...

...tetapi ada yg tidak lengkap... kerana cinta yg diharapkan tidak kesampaian..haruskah dia terus mencari dan menunggu suatu cinta yg x pasti.

si jejaka termenung memikirkan nasibnya yg masih belum mempunyai pasangan hati. mengapakah begitu sukar utk mendapatkan pilihan hatinya..

hatinya kembali terkenangkan si gadis itu. si jejaka berdiri d tepi jendela sambil menjengah keadaan di luar sana. langit suram seperti derita hatinya pada ketika itu.

kemanakah perginya si gadis itu hilang tanpa kata..menggundam derita tanpa bicara..

mungkinkah memang tiada jodoh antara mereka...

hehehe..boleh ke nk comment ni comment yg tanpa diundang hehe.. adiosss..

Saya muhammad iqbal said...

emyl: cuba sebaik mungkin.. sy tau anda bole..

neez: mekasih sbb singgah... x pe.. mmg ditujukan ntuk pembaca.. sape2 nk tulis lg pown x pe..

emyl said...

tiba tiba si lelaki terlihat jemputan kad perkahwinan di atas meja nya

ah, dari sahabat lama rupanya. teringat kembali kenangan bersama sama si sahabat itu. sudah lama tidak menghubungi si sahabat itu.
akan ku hadir untuk memberikan si sahabat sebuah kejutan, bisik hati kecil si lelaki.

si lelaki tiba di majlis perkahwinan itu ketika sang pengantin sedang bersanding.tiba tiba langkah si lelaki menjadi kaku.si gadis.terus lemah lutut si lelaki.

si lelaki gagahkan juga menepung tawar.gadis idaman kini milik orang. cuba tersenyum dalam kekecewaan mengucapkan tahniah kepada si sahabat.


ahahaha..ntah ape2 jek rase
:P
very predictable

Ande Sikutawangsa said...

lelaki itu cuba melupakan apa yang terjadi semasa percutiannya yang lalu. dia cuba untuk menganggap itu hanyalah akan memberi bebanan kepada jiwa hatinya jika berterusan di ingatkan. walaupun si gadis itu mempunyai ciri2 kewanitaan yang diidamkan, namun dia pasrah.

setiba di pejabat, terdengarnya si lelaki itu tentang adanya seorang gadis pekerja baru di pejabatnya. sebelum melihat gadis itu lagi hatinya sudah berdegup kencang bak di landa angin taufan. dia tidak tahu mengapa hatinya terus bergoncangan apabila dia di beritahu gadis itu akan bekerja di bawahnya. dia cuba tenangkan diri apabila pertemuan kali pertama di atur petang nanti.

tiba di waktu yang di janjikan di dalam pejabatnya, dia terasa bagaikan matahari jatuh menghempap di atas kepalanya. gadis yang berada di hadapannya...................................


ngantuk suda....len kali sambung aaaa...

Saya muhammad iqbal said...

emyl: tu buleh je.. keep up d good work.. XD

john: ape la.. x suspen la.. time klimaks ko buat iklan..

Anonymous said...

bab pitching2 idea ni lah yang coffee lemah
ehehe

Anonymous said...

si lelaki masih menunggu sehingga si gadis terbuka hatinya. dia cekal dan tetap berusaha dan tak pernah sekalipun berputus asa.

si gadis pula sebenarnya amat menyayangi sahabat baiknya itu lebih dari segalanya, tetapi dia terpaksa merahsiakan bebanan penyakit yang ditanggunginya. si gadis sebenarnya menghidap penyakit barah otak. sesuatu yang dia tidak ingin beritakan kepada si lelaki itu. atau sesiapa saja.

si gadis memilih lelaki idamannya kerana dia ingin merasa nilai kasih sayang yang ingin di kongsikan seumur hidupnya yang tak panjang lagi.

dia sebenarnya lebih menyayangi sahabatnya itu lebih dari lelaki idamannya itu. tetapi dia tidak memilih sahabatnya menjadi teman hidupnya kerana pada hakikatnya, dia lebih menyanyangi seorang sahabat, dari lelaki idamannya itu.

pengakhiran cerita?
biar di pantai.
mereka bermula disitu,
berakhirnya di situ

si gadis belum mati, dia terus berusaha untuk meneruskan kehidupan.
si lelaki menyanyangi gadis itu dan inginkan kegembiraan terbaik buat dia.

soal hati?
terlalu subjektif.terpulang kepada individu meenilainya cinta melalui drama ini nanti.

Saya muhammad iqbal said...

coffee: cliche tp ok.. x rase cm biase ke mende tu jd cerita?? improvise sket ke.. btw good work.. haha.. hanya comment n pandangan.. tq btw..

emyl said...

hahaha
sy rase criter sy tuh x best
:P
gaya bahasa=sgt biasa
jalan cerita=terlampau biasa

Saya muhammad iqbal said...

emyl: ala.. bknye cie nie nk diterbitkn pown..tp sambungan tu bgs ape..

Anonymous said...

kalau semua diterbitkan
so kami semua kena dpt paymentnya
ehehe

habislah bal

Saya muhammad iqbal said...

amik la duit tu coffee...
x kisah pown..

Anonymous said...

takkanla...

Saya muhammad iqbal said...

aik??
x nk lak??
td nk angat??

emyl said...

x per
klu korg tanak duit tuh
emyl nak
bg sy jek la ek
sy nk g shopping
hurmmm
dh lame sgt rase nye x g shopping baju,kasut
asyik2 shopping beli ikan,sayur,ayam.bosan btol

Anonymous said...

hurm,
selepas gambar,
jaja nak buat "library" plak dlm rumah kalau dpt duit tu



hehehe

Saya muhammad iqbal said...

ambooiiiii...
amik la..
x kisah pown...

(dalam hat)
"waaaa..
duit aku.. :'("

Ande Sikutawangsa said...

lelaki itu sudah melakukan yang terbaik untuk dirinya dan si gadis itu. dan langkah terbaik itu adalah melupakan tentang si gadis itu yang pernah menyelinap masuk ke dalam sukma hatinya. namun kini dia tertanya-tanya mengapa si gadis itu sepertinya ingin kembali semula kepadanya. adakah ini satu permainan yang diwujudkan oleh si gadis itu hanya untuk menumpang teduh pabila terik?

"aku buan tali yang bisa ditarik-tarik.." getir hati si lelaki itu...


bersambung lagi daa....

Saya muhammad iqbal said...

haha..
ko sambung lg john..
byk idea ko..
bgs2..