Tuesday, March 3, 2009

Masihkah Kau Ingat

Masih kah kau ingat semasa saya menulis entri tentang sebuah cerita percintaan tu? sebenarnya cerita tersebut tak best pon. maka buang masa je korang membacanya. di sini juga saya ingin meminta maaf kepada pembaca kerana gagal untuk menulis lebih dari 3 bulan. sebenarnya Saya telah menyedari bahawa Saya telah dijangkiti sejenis penyakit yang amat kronik. penyakitnya boleh merebak dengan pantas keseluruh saraf dan juga boleh disebarkan melalui sentuhan. penyakit yang diberi nama sykofnisis allaby atau lebih dikenali sebagai Malas telahpun menular keseluruh tubuh badan Saya.

dengan ini Saya telah membuat keputusan setelah bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah sistem organ badan dan juga saraf tunjang, kami sebulat suara mengatakan bahawa Saya akan berhenti membuat kerja-kerja yang berat mahupun ringan kerana ingin menumpukan kemahiran menaip kearah pekara yang lebih berguna iaitu menaip assignment, surat cinta, surat rasmi, menulis pekara-pekara yang lebih mengarut dari entry ini dan menulis sms untuk dihandar kepada rakan yang jauh mahupun dekat. maka dengan cap mohor diraja Saya tidak lagi wujud dalam dunia. tetapi ingin menukar namanya kepada yang baru iaitu LANGBE tidak lama lagi.

Langbe akan beroperasi tidak lama lagi mengikut jangka masa yang diberikan kepada penggunaan laptop yang telah diberikan kepada syarikat Magical Post untuk menjalankan beberapa aktiviti riadah yang mendatangkan keuntungan yang belipat kali ganda supaya laptop baru dapat dibeli. Langbe juga akan menukar genre tulisan dari bermacam-macam kepada 2 tumpuan sahaja iaitu teknik karutan yang melampau dan juga pencapaian hidup selama berjuang dalam dunia yang keji ini. Langbe juga berharap supaya blogger lain dapat memberi kerjasama yang memberangsangkan supaya blog Langbe dapat bertahan.

Masa depan Langbe pada masa ini amat malap sekali tetapi terdapat suatu cahaya yang menyinap masuk kedalam ruang kecil di hujung penjuru yang kecil untuk memberi semangat baru. doa dan harapan blogger lain amat dihargai dan apabila Langbe beroperasi kelak, blog ini tidak akan sunyi dengan info dan juga jenaka yang boleh mengundang maut. maka dengan ini janganlah mencari Saya lagi, carilah Langbe.